Monday, December 26, 2011

Attitude !


Bismillah..:D

Waaahhh, dah lama betoi aku tak update blog ni. huhu. Dah nama pun wat blog untuk isi masa kosong time cuti,so,asal dah mula kuliah ja, (skg dah habis satu sem pun.dh stdy week dah pun. Haha ) maka jawapannya terabai la budakbaeq's blog. Alololo..Sadis pulak baca ayat "terabai" tu. Haha. Sebenaqnya salah. Aku yang malas nak menaip. Boleh ja kalau curi-curi masa menaip time free. Cuma ndak n tak ndak ja.

Ok,.actually I got nothing to share kat sini melainkan ada satu dua benda yang agak tak penting. Hoho. aku exam awal bulan satu. Stadi still tunggang terbalik blurr lagi. Menaip ni pun untuk menghilangkan pening dan loya tengok buku. Biasalaa. Last2 minit baru nak sedaq. Memang semua orang camtu ka hah? Naa, whatever lah. Ha, by the way,aku ada nak cerita sumtin kat ampa semua. Tentang satu golongan yang aku sangat2 respek kat Mesir ni (selain syeikh2 serta lain2 yang memang patut dihormati la ). Cuba teka. ;P


Hahaha. Amacam,curious dak ? (sambil wat kening double jerk). Hehe,. Sebenaqnya Aku sangat respect kat pekerja-pekerja bandaran yang bekerja menyapu sampah dan membersihkan kota Kaherah di tengah-tengah masyarakat yang SANGAT2 tak dak nilai sivik di Mesir ni. Masyarakat Mesir ni boleh dikatakan sangat2 tak bertamadun la bila sembang bab2 sivik ni. Cuba bayangkan, student2 U yang menuntut kat IPT,bahkan mama2 yang berkerjaya sendiri pun buang sampah merata2 lepas makan keropok, chocs or whtever yang ada sisa kulit or plastik. Buang sampah tak kira tempat. Dalam klas,bawah meja, dalam tramco,dalam bas, tepi jalan, depan masjid, tepi kubur n many more yang memang menyakitkan mata la kalau disaksikan dengan mata kepala sendiri. Tong sampah macam xdak guna pun bagi depa. Esh,geram aku bila sembang bab ni ! haha. Wat trok kan I ni :D tapi tu la.. depa ni,buat demo bekemain. Nak perubahan kat mesir la, apa la. Sedangkan depa tak sedaq sikap depa tu sebenaqnya yang kena ubah. Demo tu tak da maknanya kalau attitude masyarakat masih berada pada tahap kuno. Entah2 masyarakat mesir kuno sendiri pun lebih menjaga persekitaran daripada masyarakat yang ada lani. Haishhh.

Berbalik kepada pakcik2 bandaran tadi tu,aku memang tabik la. Sebab kalau aku duk kat tempat depa,aku akan bawak bom tangan untuk baling kat puak2 yang memang sangat suka buang sampah merata. Ok,cuba ampa bayangkan perasaan pakcik-pakcik bandaran tu bila orang buang sampah depan mata dia sedangkan waktu tu dia baru saja sapu sampah kat tempat tu. Tapi pak cik tu bleh sabaq lagi. Memang aku kena pi mintak tips kat pakcik2 tu sebab aku bukanlah jenis yang sangat penyabar tang bab2 ni. Hiish. 

Betoi la ustaz aku kata “ Kat mesir ni banyak Islamic teaching, tapi tak banyak Islamic practice( Islamic value) dalam masyarakat sini.” Hm, tah la. Sebenaqnya benda ni agak payah nak ubah. Sebab berkaitan dengan masyarakat. Yang penting sekarang,ubah diri kita dulu. jom pakat2 jaga persekitaran.  hehe.  Ok,time to cook. Nanti kalau rajin aku update lagi blog ni lepas exam. daaaaaaaa


sila gunakan saya ;)

No comments:

Post a Comment