Wednesday, August 10, 2011

Balasan email ayah untuk anak gadisnya yg pilih untuk stdy luaq malaysia..insyaallah cek ingat sampai mati:)


"Salam.
Ayah rasa lega bila Naemah kata dah dapat sesuai dengan kehidupan di sana.
Kita berada di bumi Allah ni perlu sentiasa mengharap rahmatNya agar segala urusan
dunia atau berkaitan akhirat sentiasa mendapat taufik dan hidayahNya.
Tidak ada yang susah kalau ada orang dapat pHD Azhar kita pun boleh jika kita mau usaha tetapi niat kita perlu betul
bukan kerana untuk dapat kemegahan tetapi kerana memperolehi ilmuNya sebanyak mungkin untuk disebarkan
moga menjadi bekalan kita di sana nanti.
Mohonlah taufik dan hidayah supaya kita dapat mengamalkan segala ilmu yang diperolehi.
Amalan sunat perlu dibanyakkan disamping kewajipan fardhu untuk kemantapan diri.
Berhati-hati dalam memilih kawan,jangan mudah sangat percaya tanpa usul periksa seseorang.
kalau dapat bangun awal sebelum subuh untuk bermunajat akan memberikan kekuatan kepada kita kerana
waktu tersebut Allah menerima segala permohonan(hadith).
Ayah insyaallah akan ke Mekah 5 Nov.
Doa ayah dan Tok dan Wan dapat menyempurnakan haji dan dapat haji Mabrur.
Wassalaam."
nasihat ayah untuk aku masa baru2 sampai mesir..T_T sedih..sob sob sob...untuk adik2 aku n kak aku,hampa mesti ambik muhim jugak apa yg ayah nasihat kat aku..bukan aku sorang ja anak ayah..jom pakat2 jadi baek!..:) 


p/s: xkira la apa pn,aku nak balik gak sebelum raya ni..wuuu

1 comment: