Tuesday, August 30, 2011

Niat Puasa 6 dalam Puasa Ganti..Apa kata Fuqaha'? Jom baca ^^

Bismillah..


Ni permasalahan utama kaum hawa yang memang secara gholib(kebiasaan)nya dikaitkan dengan isu ganti puasa..selalu ja orang tanya : "kita dapat pahala puasa enam dak kalau ganti puasa dalam bulan syawal?" "boleh dak nak gabung puasa enam dengan puasa ganti?" so, untuk entri kali ni aku nak share sikit info dari Darul Ifta' Al Masriyyah (Lembaga Fatwa Mesir)..smart sharing :)





Menurut pendapat kebanyakan Ulama', dibolehkan menggabungkan puasa sunat di dalam niat puasa fardu. tetapi adalah tidak dibolehkan menggabungkan puasa fardu dalam niat puasa sunat. paham? tak paham?.haha,.ok,meh aku nak elaborate sket..


contoh bagi " menggabungkan puasa sunat di dalam niat puasa fardu" ialah puasa ganti(puasa fardu) dalam bulan syawal dan dalam niat puasa ganti tu,kita niat puasa 6 skali..kira 2 in 1 la..tapi niat puasa 6 tu duk bawah dari niat puasa ganti la..kalau camni dibolehkan..
kalau niat puasa 6 duk atas(niat utama) dan dalam niat puasa sunat tu kita niat puasa fardu,maka hukumnya tak boleh..


Ok,kembali kepada topik kita.. menurut fatwa Darul Ifta', dibolehkan bagi seseorang wanita muslimah untuk menggantikan puasa ramadan yang ditinggalkannya dalam bulan syawal...dan mencukupi bagi wanita tersebut dengan puasa ganti sahaja..dah tak perlu puasa enam..sebab dah dapat pahala puasa enam sebab dia puasa dalam bulan syawal..hal ni diqiaskan dengan sesiapa yang masuk ke dalam masjid, kemudian terus menunaikan solat dua rakaat atau lebih (sama ada dengan niat solat sunat rawatib atau niat solat fardu)sebelum dia sempat duduk di dalam masjid, maka dia telah mendapat pahala solat sunat tahiyyatul masjid..sebab apa? sebab dia solat terus lepas masuk dalam masjid (sebelum duduk dalam masjid)..


Seperti yang dinaqolkan dari Al-Bujairumiy (البجيرمي) dalam hasyiah beliau : (aku translate mahfum ja,nanti pening pulak hampa nak terjemah) Maka seseorang itu akan mendapat pahala solat sunat tahiyyatul masjid dengan solat dua rakaat atau lebih tak kira la niat solat fardu ka solat sunat,sama ada dia berniat untuk solat tahiyyatul masjid atau tidak,jika dia masuk ke dalam masjid dan terus bersolat tanpa sempat duduk di dalam masjid..semua ni didasarkan atas dalil hadis riwayat Bukhari dan Muslim : "Apabila salah seorang daripada kamu masuk ke dalam masjid, maka janganlah dia duduk sebelum dia bersolat dua rakaat" kerana maksud hadis ni adalah dengan adanya perbuatan solat sebelum duduk dalam masjid.. . . . . . . . "


dalam masalah puasa pulak, imam as-suyuthi ada menerangkan dalam kitab beliau "Al-Asybah Wan NazhoIr" (الأشباه و النظائر) m/s 22 : "jika contohnya dia berpuasa ganti atau puasa nazar atau puasa kafarah pada hari arafah,dan dia niat bersamanya(puasa fardu) puasa arafah,.maka menurut fatwa Al-Bariziy(البارزي),sah puasanya dan dia akan mendapat pahala kedua-duanya(puasa fardu dan puasa sunat). . . . . . . "


sebenaqnya banyak lagi nas yang dilampirkan oleh Darul Ifta'.tapi aku tak larat  terjemah n tak larat taip. maka,kalau nak baca lebih,sila klik link di bawah :


(http://www.dar-alifta.org/ViewFatwa.aspx?ID=2877&LangID=1)


KESIMPULANNYA DI SINI IALAH : sapa nak posa ganti n puasa 6 serentak tak dak masalah..2 in 1..CUMA pahala puasa enam tu kita dapat atas asal sunnah padanya saja la, bukanlah pahala puasa enam yang sempurna..dapat pahala tu dapat..tapi tak dapat pahala penuh la..sebab yang dituntut sebenarnya ialah "diikuti selepas ramadan enam hari puasa dalam bulan syawal"..


haha..cacamerba la sket ayat aku..maaf atas segala kekurangan. aku cuma share apa yang aku tau dari pembacaan aku..sekian dulu untuk sharing kali ni..sebarang cadangan dan komen boleh lampirkan kat bahagian komen..semoga bermanfaat :)






2 comments: