Thursday, September 1, 2011

Ceta Raya Aku versi perantauan..ha ha ha !

Assalamualaikum Warahmatullah ! :)


dedicated to my family n friends>>>



Pagi ni entah pasaipa tiba-tiba ja rasa rajin nak menaip..haha..whatever lah..ok,aku sebenaqnya ada banyak benda nak share dengan ampa suma..tentang ceta raya posa aku versi 2011/1432H di ARMA..haha..berkandaq2 la gak post yang tertangguh disebabkan kemalasan aku nak menaip pasal raya..hoho..asyik entri dari email ja,kali ni author sndiri punya entri..he he he :D antara post tertangguh yang aku nak post kat sini ialah : 



EPISOD PERTAMA RAYA : KEK COKLAT LEMBAP..;P >petang 29 Ramadan<

hoho..cam biasa,.setiap kali raya kat Mesir,.satu-satunya manisan yang aku paling rajin wat  ialah kek..
dulu masa aku stay kat Rumah Kedah, aku rajin la gak wat kek..tak kira raya tak raya,.haha,asal ada request untuk wat kek ja,aku mesti offer kan diri..ahaha..poyo la gak kan..tapi,minat punya pasal,aku sanggup ja..hehe..masa Raya Haji kat sana tahun lepas,aku wat kek pisang n kek coklat lembap untuk raya..tapi untuk raya posa tahun ni,disebabkan aku pun dah pindah ARMA,maka payah la sket nak masak2 ni..untuk pengetahuan ampa suma,ARMA ni ialah asrama kedutaan Malaysia kat Mesir,.(aku rasa cam dah ceta sebelum ni) maka,macam biasa,standard asrama la,tak leh masak dalam bilik..haha..tapi dah nama pun penghuni puteri,maka tipu sangat la kalau depa tak masak..haha,.sinonim kan perempuan dengan memasak..:D tapi leceh sket la nak masak kat sini..sebab dalam bilik tu la library,katil,dapoq,almari n etc..suma benda dalam bilik..kalau rajin masak, maka risiko untuk lekat bau masakan dalam bilik tu agak tinggi la..so,atas sebab tu la aku malas sket nak masak kat sini..sini tak sama dengan Rumah Kedah yang lengkap dengan dapur n suma2..mudah nak masak..

okeh2,dah melalut panjang dah ni..tentang kek coklat aku yang aku wat kali ni,alhamdulillah la..ada gak rezeki aku untuk lepas gian masak kek..kebetulan ada member aku yang ada oven dalam bilik,maka aku pun sepakat dengan dia untuk wat kek coklat..at least xda la rasa kekurangan sangat raya ni walaupun xdak kuey raya..haha..macam sedih la gak kan..:D mula-mula tu aku ingat tak jadi..tapi,dah nama pun PRO yang masak,last2 merasa gak kami makan kek coklat lembap raya ni..(boasting nih) haha..kat bawah ni aku ada bubuh gambaq kek coklat lembap kami yang agak comot..haha..




 haha..ni rupa kek kami masa susu pekat tu dah meleleh comot tepi2 kek..last2 aku double topping kat atas..jadi chocs 100%..



EPISOD KEDUA RAYA : MALAM SEMARAK SYAWAL DI PERANTAUAN ANJURAN ARMA..>malam 1syawal<

haha..ok, ni salah satu dari hanya beberapa program yang aku ikut raya ni..aku ikut program ni pun sebab wat kat ARMA ja..kalau wat kat tempat-tempat lain tu,maka peratusan untuk aku ikut serta dalam program hanya 8%..haha..lagi 92% dapat kat malas..aku ni kalau ampa nak tau,bukanlah seorang yang rajin sangat nak keluaq dari bilik aku atau pi berjalan kat mana2 kalau tak da urusan yang betoi2 aku anggap penting..tambah-tambah musim panas ni..memang Bilikku Syurgaku la jawabnya..haha..amacam,dah kenai aku? ;P teruk kan..tapi aku memang dari kat Msia lagi..tak rajin nak kuaq "merenderk" (bahasa orang muda) kalau bukan mak ayah aku n member baik aku ajak..

overall nya,tak dak apa yang best sangat pun dalam program ni..standard program malam raya yang lain2 la..ada takbir raya,burdah,nasyid,slideshow n makan-makan.. hoho,sebut pasai makan-makan,aku rasa,1st time time aku rasa nasi impit ada rasa masin-masin sket masa program malam ni..sebelum ni aku pi raya mana pun,suma nasi impit rasa tawaq ja..tapi sedap gak la..walaupun rasa agak berbeza dengan nasi impit lain..unik :)

antara gambaq yang aku ambik dari member aku masa program malam ni :

kamila dan kak wardah :) 

raya kami-kami ja..haha :D
Formerly known as arma (AsramaRumahMelayuAbbasiah) lani nama DMAK(DewanMalaysiaAbbasiahKaherah)..tapi org still panggil arma..haha..



EPISOD KETIGA RAYA : JAMUAN RAYA DI ARMA :) >1syawal<

okeh,ni episod second last raya aku takat la..haha..pagi tu lepas kol family kat msia n lepas solat sunat eidulfitr berjemaah di Dataran arma, dah mula makan-makan..masa makan-makan tu ada pulak geng nasyid wat persembahan..oh,heaven..! haha,.aku suka dengaq orang yang suara sedap nyanyi..sesetengah tu,sampai aku speechless la..sedap sangat suara depa..hehe..ok2,by the way,masa tengah makan-makan tu,rasa terhibur la sat dengaq lagu-lagu yang depa nyanyi..hilang sat rindu kat family pagi tu..then,lepas aku settle makan,cam biasa la,aku tak rajin nak melepak2 tengok gaya macam-macam kat dewan tu,.maka aku pun tanpa membuang masa terus ghabat naek aras tiga untuk teruskan agenda-agenda aku yang masih tertangguh pagi raya tu..haha,antara agenda tu of kos la hobi aku yang satu ni iaitu : TIDOQ ! hoho..lepas program pagi tu, raya ketiga pulak aku join program..tu pun program aras..kalau tak,memang aku tak rajin nak pi mana dah..:D


EPISOD LAST SETAKAT SKRG : MAKAN-MAKAN DI ARAS 3 SEMPENA RAYA..>3syawal<

malam tadi aku jadi ad-hoc bahagian nasi impit,.haha..antara menu yang ada dalam jamuan tadi ialah : laksa,nasi impit,kuah kacang,rendang ayam,spageti,n manisan..kira sakan la jugak kan untuk kami-kami makan..n ntah macam mana bilik akau bleh terpilih untuk dijadikan ruang makan..hehe..bangga la gak..sebelum ni jarang la (bahkan hampir-hampir tak pernah) wat makan-makan di bilik aku..kira muat la gak untuk hampir-hampir 30 orang tetamu..yang tak cukup tempat makan bersila atas katil..haha..sempoi..tapi overall memang meriah la jamuan malam tadi..masing-masing pakat pakai baju raya..comey2 suma..haha..

so,that's all post tertangguh aku untuk edisi raya kali ni..aku pun dah sakit bahu dok menghadap netbuk ni dari awal pagi tadi..sapa2 yang rasa boring baca post ni,aku mintak maaf..sebab aku sndiri pun rasa boring taip entri ni..haha..okeh,time to off wat keja len..tata titi tutu..:)

p/s: tengah tunggu mak bank in duit raya..haha..^_^ kes merap !


No comments:

Post a Comment