Monday, August 29, 2011

Salam Eidul Fitr 1432H..:)

bismillah..allahu akbar allahu akbar allahu akbar walillahil hamd..


aku taip entri ni lepas majlis sambutan hari raya di ARMA malam 1syawal..letih dan rasa cam nak melelong pun ada..hari ni sememangnya aku agak kurang tidoq..siang tadi lepas subuh tidoq sat ja..lebih kurang 3jam..lepas tu tak tidoq dah..saaammpai skg..


ok,aku tak mau nak berlama-lama dah depan netbuk..sakit mata,sakit kepala suma ada dah ni..huhu..kat sini,aku cuma nak ucapkan Salam Eidul Fitr 1432Hijrah
KHAS untuk semua hamba Allah yang dah berjaya mengalahkan nafsu yang telah dididik oleh syaitan selama sebulan lamanya..semoga kita semua diberikan kekuatan isitiqamah dalam melakukan amalan2 soleh dan dapat menggunakan pelita yang kita peroleh minyaknya dari madrasah Ramadhan untuk menerangi hati sepanjang tahun sehinggalah kita berjumpa kembali dengan Ramadhan pada tahun hadapan..insyaallah,.semoga kita semua masih diberi umur untuk menghirup udara dalam bulan rahmat,sebulan dalam setahun pada tahun-tahun yang akan datang..


ingat satu benda,raya ni bukanlah raya yang hakiki..sebab raya yang hakiki bagi seorang muslim tu ialah apabila berlalu sehari dalam hidupnya yang dalam hari tu,dia tak langsung melakukan maksiat dalam setiap perbuatannya,percakapannya, n etc daripada perkara-perkara yang melalaikan dia dari mengingati Allah..ini baru dinamakan raya secara hakiki..


maksud minal ;aIdin wal faIzin (من العائدين و الفائزين) sapa tau? nak tau? esok pagi aku sambung menaip..nak tidoq dulu..


sambungan~


makna العائدين ialah orang-orang yang kembali,.yang dimaksudkan di sini ialah : orang-orang yang kembali kepada fitrah,.kembali menjadi hamba Allah yang taat kepada suruhan Allah selepas nafsu diasuh dan dididik selama sebulan dalam madrasah Ramadan..


makna  الفائزين pulak ialah orang-orang yang berjaya..apa maksud berjaya dalam konteks ni? berjaya dalam exam sem kah? atau apa? maksud di sini ialah orang-orang yang berjaya melunakkan hawa nafsu yang sepertimana kita semua ketahui adalah merupakan antara perkara yang paling susah untuk ditundukkan. jadi,selama sebulan mereka berpuasa,dengan penuh penghayatan puasa yang sebenar-benarnya sudah pastilah kita dijanjikan Allah dengan kemenangan dan kejayaan menundukkan hawa nafsu..


nah,.rasanya dah tak susah untuk kita faham untuk siapa sebenarnya "raya" itu ditujukan..ni tak,kadang-kadang orang yang puasa semata-mata menahan lapar tu yang lebih semangat nak raya dari orang yang siang malamnya dalam bulan ramadan dipenuhi dengan ibadah kepada Rabbul Jalal..dan kalau sambut raya tu dengan cara Islam xpa gak,tapi sebaliknya yang kita nampak..raya mereka dihiasi pembaziran dan maksiat..allah allah allah~!


signifikannya kat sini,bila dah keluar dari ramadhan,pastikan balik niat kita..kita beribadah kerana ramadan atau beribadah kerana Allah? kalau orang yang beribadah kerana Allah,lepas ramadhan,statistik ibadahnya tidak akan berubah,bahkan makin meningkat..dan sebaliknya..


akhir kata,aku nak mintak maaf kepada semua sahabat yang mengenali aku..andai ada tersalah dalam berbicara,dan terkhilaf dalam bercanda..semoga 'Eid ini kembali membawa harapan baru kepada kita untuk menjadi hamba Allah yang lebih berkualiti dari aspek amal dan 'amal..


untuk mak ayah dan family serta kenalan-kenalan rapat di tanah air,salam 'eidul fitr 1423H..


Minal 'Aidin Wal Faizin insyaallah :) kullu 'am wa antum bikhair ^^



p/s:sampai lani aku tak reti nak anyam ketupat camni..sapa nak ajaq dialu-alukan :P

No comments:

Post a Comment